Wednesday 24 September 2014

Kuasai sifir dengan mudah

"FINGER MULTIPLICATION"

Darab ni sangat mudah. 
Walaupun saya sangat mementingkan anak-anak sekolah mengHAFAL sifir, tapi ada pelbagai cara lain untuk mendarab dengan mudah. Antara yang selalu saya praktikkan dengan anak-anak di sekolah adalah 'Finger Multiplication & Sifir Mudah'

DARAB 6 x 6 HINGGA 10 x 10

Untuk darab sifir 6x6 hingga 10x10; Ikut cara darab di bawah:

  Atau cara kat bawah ni pun sama juga, BEZAnya cuma jari yang dibengkokkan atau jari yang dicantumkan. Senang kan...

DARAB DENGAN 3 ( x 3 )

Perasan tak, jari kita ni ada 3 bahagian, jadi kita boleh darab sebarang nombor dari 1x3 hingga 10x3 dengan mudah. Kalau nak darab 4 x 3:

i. Naikkan 4 jari.
ii. Kira setiap bahagian pada jari tu. mesti akhirnya dapat jawapan 12 pada jari ke-empat tu.



DARAB DENGAN 4 ( x 4 )

Nak guna teknik yang ini, anak-anak mesti pandai sifir 2 dulu, kalau tak hafal tak dapat le Ticer nak tolong. Kalo nak darab 6 x 4; Cara-caranya:

i. Naikkan  6 jari.
ii. Kira setiap jari dalam gandaan 2, gerak dari kiri ke kanan, pastu pusing balik dari kanan ke kiri sampailah setiap jari tu kita dah kira 2 kali.
iii. Nak senang lagi, waktu first time kira tu ( 2,4, 6,8, 10, 12...) tu bengkokkan jari dulu, pastu waktu kira (14, 16, 18, 20, 24...) naikkan jari plak. Barula tak confuse.


DARAB DENGAN 9 

Darab sifir 9 ni semua orang pun tahu. Tapi ada jugak anak-anak yang tak tahu shortcut. 
Contoh bila disoal 7 x 9, anak-anak biasa akan mula kira jari dari 1 x 9 sampai la jumpa 7 x 9.
Padahal, cara paling cepat adalah terus turunkan jari yang ke-7, terus dapat jawapan. 




Dengan segala teknik mendarab yang dah dipelajari, Matematik memang subjek yang mudah. Cuma anak-anak perlu praktis. Kalau 5 tahun sekali baru nak guna memang rasa amat susah. Lain kali, Ticer akan tunjukkan pulak cara untuk tulis sifir mudah melalui jadual..Tunggu...As 4 La Ni... Cau Cin Cau...










No comments:

Post a Comment